Isnin, 20 Ogos 2012

           Projek Penternakan Ayam Penelur mula dibina pada 15 april 2012 yang bertempat di kampung tupah lama Merbok Sungai petani Kedah. projek ini adalah hak milik bumiputera sepenuhnya. jarang dikalangan kita mendengar atau melihat bumiputera membuat projek ayam penelur. ini kerana kebanyakan kisah tentang ayam penelur ini adalah rahsia dikalangan penternak yang majoriti terdiri daripada kaum cina. lagipun Kos pembinaan untuk penternakan ini begitu tinggi berbanding lain-lain penternakan.
            Projek ini dijalankan atas usaha sendiri dan sedikit ilmu pengetahuan dan lawatan ke tapak projek kaum bukan melayu. diatas bimbingan dan tunjuk ajar daripada kawan-kawan, saya meyakinkan diri untuk melakukan projek tersebut kerana ingin menceburi bidang berkenaan disebabkan minat dan pulangan yang lumayan. 
           Projek yang dijalankan terdiri daripada rumah rehat dan stor penyimpanan barang, rumah pembesaran anak ayam dan rumah penelur.
           a). Rumah rehat didirikan ditapak penternakan kerana dijadikan rumah untuk bekerja merangkap ofis. rumah rehat dengan keluasan 15 X 20 kaki lengkap dengan kemudahan dalaman seperti Tv, peti sejuk dan sebagainya. bagi stor penyimpanan barang-barang, keluasan yang mencukupi seluasa 15 X 15 kaki didirikan untuk menyimpan peralatan dan makanan ayam.
          b) Rumah pembesaran anak ayam didirikan seluas 19 X 40 kaki dan mempunyai 3 baris sangkar seluas 4 X 40 kaki memanjang. setiap baris sangkar dapat memuatkan sebanyak 1000 ekor anak ayam dari masa kesemasa.
         c) Reban penelur didirikan 30 X 105 kaki dan boleh menempatkan ayam sebanyak 5000 ekor dengan kaedah 3 tingkat ataupun berbentuk (A). setiap sangkar boleh menempatkat 2 ekor ayam penelur.

Proses Penjagaan Anak Ayam sehingga berumur 3 bulan

        anak ayam haruslah dijaga dengan rapi sehingga berumur 3 bulan atau pun 3 1/2 bulan . ini kerana, anak ayam mudah mati sekiranya tidak dijaga dengan betul. proses penjagaan anak ayam begitu rumit menyebabkan ramai dikalangan bukan melayu tidak sanggup ataupun mengetahui bagaimana untuk menjaganya kerana banyak peringkat perlu dilakukan dan ubat yang digunakan haruslah bersesuaian. proses penjagaan dan ubat terdiri daripada 6 peringkat seperti ubat mata, diberi makan ubat, disuntik dada dan sebagainya. proses ubat perlu dilakukan untuk mengawal penyakit berjangkit seperti hawar dan sebagainya. sekiranya ianya tidak dilakukan, penternak akan mengalami kerugian yang besar dan kualiti telur yang akan terhasil terjejas. anak ayam dijaga suhu kepanasan sehigga berumur 2 minggu daripada tarikh dihantar. ini kerana anak ayam masih tidak mempunyai bulu badan yang tebal dan ianya mudah kesejukan. anak ayam akan mati sekiranya berada dalam kesejukan.

Proses Penjagaan Ayam Penelur.

        Ayam yang sedia untuk bertelur berumur 4 bulan. sekiranya ianya dijaga dengan rapi. ayam penelur mula bertelur dari umur 4 bulan sehingga 18 bulan. penjagaan ayam penelur hendaklah keadaan yang bersih dan sangkar yang selesa. bekas minuman diberi melalui Nipple Drinker. ini boleh mengelakkan daripada pencemaran bakteria. pemberian makanan yang terpilih hendaklah dilakukan dengan betul. ayam penelur boleh menghasilkan sebiji telur dalam masa 24 jam. sekiranya memilih baka luar negara, ayam penelur boleh mengahasilkan 2 biji telur. tetapi kos untuk anak ayam penelur dari luar negara meningkat 2X ganda dari baka ayam tempatan.. Telur yang dihasilkan untuk sebulan pertama adalah gred C dan gred telur akan meningkat ke gred A apabila melepasi 8 bulan penjagaan dari awal sehingga ianya dikira pencen. Targed permulaan yang dibuat sebanyak 3000 biji sehari. ini bersamaan 100 papan. 

Kos Makanan

       Kos makanan bagi ayam penelur adalah 20kg bersamaan 500 ekor sehari. buat masa sekarang 20kg berharga RM 75.00. makanan untuk anak ayam pula diberi makan untuk tumbesaran. kos untuk 20kg bersamaan RM 85.00. anak ayam diberi makan makanan tumbesaran selama 2 bulan pertama.

Kos untuk pembinaan sangkar penelur.

1. Nipple drinker. RM 2.50/biji (mengikut jumlah)
2. Palung makanan RM 30.00 untuk 20 kaki panjang bersamaan 24 petak @ 48 ekor ayam
3. Sangkar penelur RM 8.00/petak/ 2 ekor ayam.


maklumat lain akan disiarkan didalam blog ini dari masa ke semasa
sebarang komen ataupun kesalahan bolehlah emailkan kepada sharilblack@yahoo.com

Reban penelur



ruang rumah rehat
ruang stor barang-barang
tolak tanah